Hye, harini aq cuba buat cerita sendiri, jgn gelak ok..
Aiman dan Farah merupakan jiran sekampung semenjak kecil. Mereka selalu bermain sama2, sekolah pun sama2 gak, senang citer daripada sekolah tadika sampai sekolah menengah diorang xpernah berenggang. Kini mereka di sekolah menengah, Aiman yang dulu rongak kini dah hensem, Farah yang dulu pelat pun da cantik. Sume orang jeles tengok diorang sebab diorang da macam kapel asyik berkepit je padahal kawan je kot. Tapi Aiman memang ada hati dengan Farah pun. So satu hari diorang dalam perjalanan balik ke rumah, Aiman pun nak meluahkan perasaan kat Farah:
Aiman: Farah, Kita ada benda nak cakapla kat awak.
Farah: Apa dia Aiman?
Aiman: Kita.. Ki...ta.. Kitaaaa....
Farah: La.. asal dengan awak nie? mabuk ketum ke apa tergagap-gagap, cakap jela...
Aiman: Kita malulah nak cakap..
Farah: Cakap je, bukan kita makan orang pun..
Aiman: Kita sebenarnya suka kat awak..
Farah: Hahhh???
Farah pun terkejut lepas dengar pengakuan Aiman tapi dia pun suka gak, sebab Aiman nie baik sangat, selalu tolong mak dia, Farah pun suka gak kat Aiman nie, terus diorang berlari sambil guling2 macam dalam babak citer hindustan. Then Farah pun terima....
Setahun berlalu...
Keputusan SPM baru diumumkan, Farah dapat keputusan yang terbaik tapi malangnya Aiman tidak mendapat keputusan cemerlang, kemudian beberapa bulan lepas tu Farah dapat tawaran ke Universiti tapi Aiman tak dapat masuk pun, dia just tumpang gembira je makwe dia dapat masuk U. Tapi dia sedih sangat berpisah dengan makwe dia. Then pagi Ahad tu hari terakhir diorang jumpa masa Farah nak berangkat ke UITM Perlis.
Malam pertama si Farah nie homesick, rindu family lagi2 Aiman, diorang bergayot sampai 4 jam sebab nak ilangkan rindu memasing. Aiman pujuk awek dia sebab Farah bercita2 nak jadi doktor, diorang bergayot sampai tertido..
6 bulan kemudian...
Aiman bekerja sebagai pembantu kedai RM2, biarpun sibuk bekerja selama 12 jam sehari tapi aiman xpernah lupa makwe dia, tiap2 bulan dia kirim duit kat makwe dia sebab xnak makwe dia susah walaupun xdiminta. Tapi Farah dah makin abaikan Aiman, mesej dah jarang, tipon dah jarang, kadang2 Aiman tipon dia pun dia marah2, penat katanya. Aiman pun sabar dan faham si Farah nie tapi makin lama makin renggang hubungan mereka.. mesej xde langsung, call dah xdijawab lagi oleh Farah, Aiman makin sedih dengan Farah, bila dia merajuk Farah dah xpeduli lagi dah, Aiman makan hati sorang2, tapi dia masih sayang dengan makwenye tu walaupun kadang2 dia kecil hati bila dia whatsapp Farah langsung tidak dibalas sedangkan masa tu Farah online.
1 hari tu...
Aiman chat dengan Farah, kemudian beberapa minit kemudian henphone Aiman pun berbunyi, dia happy sesangat makwe dia reply chat dia, bila dia buka....
"Aiman, mulai sekarang kita dah xde pape lagi, saya dah ada orang lain, dia pun bakal doktor cam saya gak, mintak maaflah saya buat keputusan tergesa2, saya fikir masa depan saya je, saya takut masa depan saya dengan awak xcerah sebab awak kerja kedai RM2 je.. klah, sy mintak maaf byk2, jgn contact saya lagi, bye."
Aiman sedih sangat Farah cakap macamtu, detik tu jugaklah airmatanya mengalir sebab orang yang dia kenal semenjak kecil sanggup melupakannya begitu sahaja.. Aiman pun membalas..
"Ermm, xpelah awak, sy terima keputusan awak, sy mntk maaf sgt2 sebab sy xde masa depan nak tanggung awak 1 hari nanti, sy gembira dapat kenal awak, baiklah, sy xkan ganggu awak lagi.. sy doakan awak bahagia dunia akhirat k.. Assalamulaikum Farah.."
Semenjak tu mereka xbertegur sapa, kalau terjumpa kat kampung Farah akan pura2 xmengenali Aiman, kdg2 dia siap bawak pakwe baru dia semata2 nak tunjuk kat Aiman, Aiman hanya mampu tersenyum saja melihat bekas kekasihnya bahagia...
3 tahun kemudian...
Farah dikejarkan ke hospital kerana tiba2 pengsan ketika didalam kelas, doktor telah mengesahkan Farah menghidap ketumbuhan di hati. Mereka memerlukan penderma hati untuk menyelamatkan Farah. Aiman yang mengetahui berita tersebut terus menawarkan dirinya menjadi penderma, pada mulanya keluarganya tidak bersetuju tapi Aiman bertegas hendak melakukannya juga. Setelah borang ditandatangani Aiman dibawa ke bilik bedah, Aiman sempat meminta ampun kepada kedua orangtuanya dan semua orang yang dikenali, mereka menangis kerana mungkin itu kali terakhir mereka berjumpa. Saat Aiman berada dibilik bedah dia sempat menatap wajah kekasihnya, Farah dan itu pengorbanan terakhir yang dibuat Aiman untuk orang yang dicintai.
18 jam kemudian...
Pembedahan telah berjaya, nyawa Farah berjaya diselamatkan tetapi Aiman telah pergi selama-lamanya menghadap Ilahi, ketika arwah Aiman dikebumikan Farah masih belum sedar.. Beberapa hari kemudian, Farah pun sedar.. disampingnya hanya ada ibunya sahaja, kekasihnya tidak pernah datang menjenguk Farah selepas Farah disahkan mempunyai ketumbuhan. Farah pun bertanya kepada ibunya siapakah yang menjadi penderma hatinya tetapi ibunya tidak menjawab, saat itu jugalah Ibu Aiman datang menjenguk, dia memberikan sepucuk surat kepada Farah.. lalu Farah membukanya...
"Kehadapan kekasihku Farah, mungkin setelah awk membuka surat nie sy dah xde lagi.. Awak, sy sgt cintakan awak lebih daripada nyawa sy sendiri awak.. Awak.. sy mintak maaf sy xdpt jadi yang terbaik tuk diri awak, sy tau sy xde masa depan, salah sy sebab xblaja betul2 dulu, awak, dalam sampul nie ada cek sebanyak RM15000, awak ambillah buat belanja kahwin awak nanti k.. sy doakan awk bahagia, nie hadiah terakhir yg sy mampu bagi kat awk, sy cintakan awak sgt2 Farah, jaga diri tau, jaga hati sy nie elok2.. Assalamualaikum.."
Ikhlas,
Aiman
Farah meraung sekuat hati lepas baca surat Aiman, dia terus bangun nak jumpa Aiman tapi mak dy ckp dah xsempat sebab Aiman meninggal lepas pembedahan, Farah terus dibawa ke pusara Aiman, Farah terus peluk pusara Aiman dan menangis semahu2nya sambil meminta mmaf sebab dia abaikan orang yang sayangkan dia selama nie, tapi tiada apa yang mampu dilakukan kerana Aiman telah pergi selamanya.. Farah berasa amat kesal dengan perbuatannya selama ini kerana dialah yang melukakan hati Aiman dan menghinanya.
Kini, 7 tahun sudah berlalu, Farah sudah menjadi seorang doktor pakar di IJN, dia tidak lagi bercinta dengan sesiapa kerana sentiasa teringat akan Aiman, dia juga selalu berdoa supaya dia dan Aiman disatukan di syurga 1 hari nanti.
Tamat.
So, sesiapa yang ada kekasih tu, hargailah diorang kalau diorang sama spesis ngn aiman nie, kalau x menyesal xsudah..
p/s: Hehehe.. agak2 best ke? teringin pulak nak wat benda nie..
nukilan,
No comments:
Post a Comment