Semenjak zaman it bermula, makin ramai rakyat Malaysia makin berminat dengan laman sosial, mcm Facebook, Twitter, Whatsapp dan Wechat. So, sesuatu berita tu boleh disampaikan dengan lebih senang apabila zaman smartphone juga telah bermula dengan cemerlang.
Tapi, ramai yang menyalahgunakan laman sosial dengan menyebarkan berita2 palsu yang kadang2 tak logik langsung, sesetangah post yang nampak islamik tapi cara penyebaran yang salah. So saya nak bagitahula untuk awak2 yang suka copy paste nie, kita sebenarnya kena tau kesasihan berita tu betul atau tidak, jangan bila post tu tulis kena share, korang pun share membabi buta walhal benda tu salah. Contoh berita yang xbetul nie byk, haritu Malaysia kena musim sejuk pun dah macam2 berita yang keluar, Malaysia nak turun saljilah apelah, kiamat nak dekatlah, well, sejak bila Malaysia bersalji ada dalam tanda besar kiamat? Kalau masih ingat masa sekolah menengah ada subjek geografi kan? Malaysia terletak kat garisan khatulistiwa yang tidak mungkin akan dilanda salji, Khatulistiwa nie cuaca panas dan lembab sepanjang tahun. Tu gunanya subjek geografi, jgn terlampau mengLEMBUkan diri sendiri dengan fakta yang tipu kongkek kuat macamnie. Mesir bersalji pun bukan tanda besar kiamat, Mesir bukan Tanah Arab, tanda besar kiamat ialah bila Tanah Hijjaz menghijau, maksudnya negara2 Arab lah, Arab Saudi, Yaman, UAE, Qatar, Iraq kembali subur dengan pokok, negara2 nie negara padang pasir yang panas ye.
Satu lagi berita yang tak betul adalah berita kononnya cicit Nabi Muhammad mendapat mimpi wasiat Nabi kita, bila membaca tu mungkin ada betulnya tapi yang salahnya apabila kita sebar, kita akan mendapat rezeki melimpah ruah dalam masa beberapa jam, kalau tak sebar pulak nanti dapat bala bencana dalam sekelip mata. Well hello.. siapa yang menentukan rezeki dan bala nie? Allah atau manusia? jgn disebabkan wasiat yang xmasuk akal nie mereka da memandai2 amik alih kuasa pemberian rezeki, dan dalam mesej berantai nie juga ibarat tukang tilik yang mengetahui perkara akan datang, sesungguhnya berita yang penilik nasib nie dapat adalah daripada syaitan yang mencuri dengar perbualan malaikat, tapi syaitan kini tidak boleh lagi naik ke langit, mungkin syaitan ini menyebarkan berita palsu dan kemudian akan menghasut manusia melakukan perkara tersebut supaya ia nampak betul2 berlaku, sesungguhnya tipu daya syaitan amatlah dahsyat sekali. Dan dalam khutbah Jumaat yang lepas imam ada mengatakan bahawa penilik nasib adalah penghuni neraka, korang xnak dicop penilik stop2 la sebar mesej berantai yang mempunyai keraguan.
Sesetengah orang pulak nak sebar kebaikan tapi dengan cara yang salah, contohnya benda berkaitan dengan keagamaan tapi dengan memfitnah orang, contohnya tajuk "Neelofa Ditangkap Khalwat" bila dibuka isinya berkaitan dengan kebaikan puasa hari Arafah, saya dah refer dengan orang yang pakar dalam hal ini dan mereka berkata cara ini tak salah sebab diorang nak tarik pembaca yang xberminat dengan Islam tapi yang salahnya mengaibkan individu tersebut, Nabi pun cakap siapa yang nak sebar kebaikan, maka sebarlah dengan cara yang baik, kita Islam mesti kena tunjuk akhlak yang baik, dan cara begini mintak maaflah memang tak dapat pahala sebab terkandung fitnah didalamnya, matlamat tak menghalalkan cara ye kengkawan, fitnah nie amat berat dosa dia yang xakan diampunkan Allah walaupun bertaubat sebab nie dosa individu, kena minta maaf dengan orang yang difitnah baru terhapus dosa tersebut. Dosa fitnah akibatnya diakhirat pahala kita akan diberi pada orang yang difitnah, dan jika pahalanya habis, dosa orang itu pula yang akan diberikan pada kita, so faham2 sendirila kan, yang sedihnya bila ditegur dengan cara begini orang tuduh kita tentukan dosa pahala mereka pulak. Hmmmmm...
Oklah, senang citer post saya nie berkaitan mesej2 berantai yang xbetul sangat, kadang2 orang yang tinggi ilmu agama pun boleh percaya dengan berita karut nie, mereka yang xtau langsung pasal agama nie lagila akan fikir benda2 yang salah. kadang2 orang fikir, bila berkaitan Islam sumenye betul walhal ramai yang nak merosakkan Islam, kadang2 si penyebar berita adalah orang2 kafir yang menyamar Islam untuk menyebarkan mesej palsu, seeloknya tanyalah ulama berkaitan hal2 seperti ini. Matlamat tak menghalalkan cara walaupun benda tu baik, ibarat korang nak tolong orang miskin tapi curi duit orang kaya, mulia ke perbuatan tu? Walluallam.
Firman Allah (mafhumnya):
"Dan tidak ada sebab bagi kamu, (yang menjadikan) kamu tidak mahu makan dari (sembelihan binatang-binatang halal) yang disebut nama Allah ketika menyembelihnya, padahal Allah telah menerangkan satu persatu kepada kamu apa yang diharamkanNya atas kamu, kecuali apa yang kamu terpaksa memakannya? Dan sesungguhnya kebanyakan manusia hendak menyesatkan dengan hawa nafsu mereka dengan tidak berdasarkan pengetahuan. Sesungguhnya Tuhanmu, Dia lah yang lebih mengetahui akan orang-orang yang melampaui batas." (Surah al-An'am, ayat 119)
Dalam ayat tersebut, Allah sudah memberi bayangan dengan menyebutkan bahawa kebanyakan manusia hendak menyesatkan orang lain, kerana dorongan hawa nafsu, bukannya pengetahuan yang mendalam.
Niat dan cara mesti betul.
From,
FaDhL!_@y!e
No comments:
Post a Comment